alhamdulillah,, best betul semalam. Waktu kuliah mie rasa boring sikit la sebab pensyarah ajar tah apa2 tah. Mie sendiri tak paham apa yang pensyarah ajar.
Tapi masa pukul 10.45pagi, mie dapat panggilan dari ahli KRJ Daerah Besut. Diorang nak jumpa mie, tapi sebab mie ada kelas 2-3hari ne waktu petang. Jadi, tak dapat la mie nak jumpa diorang. Sebenarnye, cikgu mie, cikgu azmi yang bagi nombor mie dekat diorang sebab mie ada tanye cikgu azmi masa program bersama anak2 yatim hari tu. Dia cakap dia akan beritahu dekat KRJ Besut nanti. Tak sangka dia ambil tindakan segera.
Mie memang minat dengan KRJ sebab dari form 3 lagi mie dah terlibat dengan KRJ. Insyaallah, hari khamis nanti mie jumpa dengan diorang dekat jerteh. Petang pulak mie main tenis. Hari ne memang belajar pukulan baru iaitu pukulan lob.
Pukulan ne untuk menyambut bola apabila pihak lawan sedang menunggu didepan net. Bola ne akan melambung masuk di belakang pihak lawan. Seronok jugak la main tenis ne. TApi sebab raket tenis mie belum beli lagi. Hancur la jadinya. Tapi mie rasa seronok sangat, dan semalam banyak kali kene tegur. Aduhai... kesian mie. Tapi takpe, kita kalau nak belajar kene la terima teguran.
Wednesday, February 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment