Monday, January 22, 2007

permulaan sebuah diari

Hari ni, mie mula buat blog mie sendiri. Sebenarnye mie buat blog ne sebab mie nak catat apa yang mie dah buat dekat IP ne. Supaya nanti bila mie dah tua nanti, mie dapat tengok apa yang mie dah buat dekat IP.

Sebenarnye mie masih pening, kenapa ada orang yang dengki dan tak suka dekat mie?? mie masih pelik dan pening bila pikir pasal ni. Hari tu mie ada buat satu artikel pasal "jadilah seperti bulan dan matahari". Tapi ada yang mempergunakan artikel tu untuk membidas mie, tapi mie malas nak balas sebenarnye. Cuma semalam mie saja gatal2 tangan, mie tulis sikit.

Bagi mie, kita tak patut lihat pada sebuah IP je. Sebab mie buat artikel tu, mie tak pernah fikir mengenai mengenai IPSMB. Mie buat artikel tu untuk secara keseluruhan tak bermaksud untuk IPSMB sahaja.

Mie tak tahu kenapa masih lagi ada yang mempersoalkannye. Mereka kata kalau pelajar tu bulan maka bulan tu perlu jaga kepentingan pelajar tu sendiri sebab tanggungjawab pelajar tu ialah hadir ke kuliah dan bukan membantu pensyarah membuat apa2 kerja.

Memang mie tak nafikan tu betul. Tapi kalau kita tengok balik, bulan tu tak dapat menyinar dan memberi perasaan nyaman kepada manusia andai tanpa cahaya dari matahari. Secara logiknye, matahari adalah sumber cahaya kepada bulan. Bulan tu tak dapat menyinar tanpa matahari, dan seandainya matahari tu tak memancarkan cahayanye kepada bulan mana mungkin bulan tu dapat menyinar.

Sama juga macam pelajar dan guru, seandainya guru tu tak beri pelajar tu ilmu, mane mungkin pelajar tu dapat menyerlah. Itulah pentingnye guru, tanpa guru kita tak mungkin pandai dan kita mungkin akan menghadapi musuh paling berbahaya iaitu kebodohan. Mie sebenarnye tak tahu sangat tentang OS tapi mereka cakap gak pasal OS. Mie sendiri tak tahu nak jawab.

Mulai sekarang, mie dah malas nak balas apa2 yang mereka cakap sebab bagi mie, lebih baik mie berdiam sebab bila mie mula bercakap maka akan ada yang menyalah tafsirkan. Bagi mie biarlah mie berdiam kerana berdiam tu lebih baik dari mie bercakap. Dan mie harap bila mie berdiam tiada mulut2 yang berkata mie penakut dan macam2 lagi. Sebenarnye mie bukan takut tapi mie cuma tak mahu orang salah anggap apa yang mie cakap dan mie buat.

Mie sekarang ne bercadang untuk buat kerja mie saja. Tapi mie kena buat 2, 3 perkara yang mie belum selesaikan. Dan selepas perkara2 tu selesai, mie harap takde lagi mulut2 yang cakap mie ne spy la, mencapap la, buat kerja melebih2 la dan macam2 lagi. Sebab bagi mie, itu prinsip mie, sama juga macam prinsip mie yang membenarkan orang merokok didalam bilik asrama mie.

Itu je yang mie rasa patut mie nukilkan hari ne. Jumpa lagi esok..

No comments: